Friday, April 13, 2012

CARA CARA MEMAKAI PREMIUM BEAUTIFUL

Ramai yang bertanyakan pada saya dengar kata susah nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL ni...terus terang saya katakan memang la mula2 susah nk pakai sebab x tau caranya...tp lepas ditunjukkan cara mmg sgt mudah...nak kencing pun x susah...yang penting pastikan kering tubuh badan kita...

Langkah 1: Long Girdle 



  1. Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam
  2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
  3. Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
  4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa


* Untuk memudahkan si pemakai, buat bukaan kaki besar seperti kekuda dan lenggokkan badan kiri dan kanan sambil pakai. Seperti beraerobik juga. Hehehe.... Mula-mula pakai memang akan terasa ketat sedikit tapi anda akan rasa selesa dan senang pakai selepas beberapa minggu kerana kainnya akan mengembang sedikit mengikut size ideal badan anda.

Langkah 2: Long Bra


  1. Sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra
  2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
  3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
  4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
  5. Betulkan kedudukan bra 


* Jika  tangan anda tidak sampai ke belakang dan tiada siapa yang boleh tolong cangkukkan, anda boleh pakai kain batik atau apa2 kain...nk lagi senang guna kain licin terlebih dahulu (berkemban) dan cangkuk dari depan dahulu dan barulah pusingkan Premium Beautiful tu ke belakang sebab jikalau tanpa kain alas, PB ni tak boleh dipusingkan sebab ia dah melekat pada badan.

Langkah 3: Waist Nipper

  1. Lekatkan kesemua cangkuk
  2. Betulkan kedudukannya (Pastikan diamond berada dikedudukan tengah diatas bukan dibawah)
  3. Tarik tali pelaras
  4. Tahan nafas dan cangkukkan
  5. Pastikan ianya selesa 


*Pastikan bahagian tali di belakang selari dengan tulang belakang kita.

1st time pakai,saya akan tunjukkan cara-cara ....jangan risau!!!!