Re-share from FB:
BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)
Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...
Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah..
coretan dari hati seorang Muslimah:
************************************
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin
puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami
dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di
sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita
dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya bekerja biasa saja.
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.
Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi
kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri
ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang
menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.
Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa
tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk
atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia
perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.
Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.
Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.
Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,
tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.
Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.
Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.
Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.
Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,
menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu
pada lelaki lain.
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku
yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita
yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana
memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana
bertudung sepanjang hari.
Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang
saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan
anak-anak.
Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal
politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia
mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perwatakan saya kerana pertamanya memang saya
dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri,
ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya
untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga
dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin
bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk
meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit
separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan
sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam
untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
~ Muslimah sejati ~
*******************************************
* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.
Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji.
Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa
besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi
jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk
memperbaikinya. ... In Sha Allah.. .....
KESIMPULAN
: Cubalah jaga penampilan kita seadanya, biar lebih cantik, lebih
menarik. Kasihan lah kpd anak2kita yg masih kecil. Kalau rumahtangga
kita porak peranda hanya disebabkan perkara kecil sebegini, sangatlah
menyedihkan kan? Kita memang dah tau fitrah lelaki begitu. Jadi pandai2
lah kita adjust. Semoga Allah merahmati usaha kita.
Kalau
x tau nak berdandan, belajarlah. Kalau nak cari side income supaya
boleh beli baju cantik, pergi ke salon, spa dsb boleh contact saya.
Memang duit bukan segala2nya; tapi dengan duit boleh buat macam2 yg x
pernah kita bayangkan sebelum ni. Tanya lah diri anda masing2, sejauh
mana anda sayangkan diri & keluarga anda...
No comments:
Post a Comment