Tuesday, May 15, 2012

JANGAN BIARKAN ORGAN PERANAKAN KITA JATUH

Jatuh organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari. Namun begitu ramai yang enggan berjumpa doktor atas alasan malu, ditambah dengan keadaan JOP itu sendiri yang tidak mengganggu kehidupan hariannya.
Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh:
  • Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
  • Ketulan pada faraj
  • Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Pendarahan faraj selepas menopaus
  • Inkontinens kencing
  • Sukar buang air kecil / besar

Rawatan Penyembuhan Rahim Jatuh
  • Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segeralah berjumpa dengan doktor. Jangan malu kerana ia sangat penting bagi wanita. 
  • Anda boleh jumpa bidan kampung untuk mengurut/menaikkan bahagian rahim.
  • Senaman Kegel atau kemut adalah senaman yang boleh anda lakukan untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan.
  • Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan dan sedang berpantang, berpantanglah dengan sebaik..jaga pergerakan anda.., sentiasa memakai bengkung, dan ikut segala macam petua orang tua kita...
  • Pembedahan. Berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse. Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair (Vaginal Hysterectomy and Repair). Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk ‘prolapse’nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.
  • Lakukan pemeriksaan tahunan dan pap smear sebagaimana jadual yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Doktor akan memasukkan rahim yang jatuh masuk kembali ke kedudukannya.

Anda boleh memakai Premium Beautiful yang direka bentuk untuk membantu memperkemaskan, menguatkan dan mengembalikan rahim di kedudukannya. 

CALL SAYA SEGERA UNTUK MENDAPATKAN BAJU 'ABG SAYANG' INI
012-3374432 INA